“ASOKA THE
GREAT EMPEROR”
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera kepada anda yang
membaca blog ini. Nama diberi ialah Zechariah Aaron a/l Mariappen. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran TITAS iaitu EN.
WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL kerana sedikit sebanyak membantu dan
membimbing saya dalam menyempurnakan tugasan yang diberi dengan memberi
cadangan dan bimbingan serta memudahkan tugasan yang diberi.
Tidak lupa juga rakan sekelas saya yang
telah menunjuk ajar dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga
ingin meminta maaf atas segala kekurangan dalam tugasan ini. Saya harap tugasan
ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Sekian terima
kasih,
Siapakah Maharaja ini?
PENDAHULUAN
Kupasan tentang sejarah hidup Maharaja
Asoka seperti biodata yang lengkap, peperangan serta keputusan peperangan
tersebut, sumbangan beliau kepada tamadunnya.
BIODATA MAHARAJA ASOKA
Nama
penuh Maharaja Asoka ialah Ashoka Bindusara Maurya. Asoka adalah cucu kepada
Chandragupta Maurya, pengasas pertama empayar Maurya yang merupakan empayar
pertama di India pada tahun 321SM. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang
dihormati pada 304 SM oleh Subhadrangi dan bapa beliau ialah Bindusara iaitu
pemerintah empayar Maurya yang kedua.Asoka juga mempunyai ramai abang tetapi
mempunyai satu adik sahaja iaitu Vithasoka
Nama Asoka yang diberi oleh ibunya bermaksud 'tanpa kesedihan' seorang penganut agama Buddha pernah menguasai sebahagian besar India. Beliau diberi latihan tentera diraja menjadikan beliau sebagai cucu kesayangan datuknya kerana handal dalam peperangan. Selepas peperangan Kalinga, Asoka dilantik menjadi maharaja pada tahun 269 SM setelah membunuh saudaranya. Beliau berkuasa selama lebih kurang 40 tahun (232- 272)SM. Asoka melihat hasil peperangan itu sangat teruk dengan mayat bergelimpangan dan kediaman terbakar antara sebab membuat beliau menganut agama Buddha.
Asoka mempunyai lima isteri iaitu Asandhimitra, Devi, Karuvaki, Padmavati dan Tishyaraksha. Asoka mempunyai banyak gelaran antaranya ialah gelaran Devanampriya Priyadarsi, Dhammarakhit, Dharmarajika, Dhammarajika, Dhammaradnya, Chakravartin, Samrat, Radnyashreshtha, Magadhrajshretha, Magadharajan, Bhupatin, Mauryaraja, Aryashok, Dharmashok, Dhammashok, Asokvadhhan , Ashokavardhan, Prajapita,Dhammanayak dan Dharmanayak. Asoka mempunyai enam orang anak antaranya ialah Mahendra, Tivala, Kunala, Jalauka, Charumati dan Sanghamitra. Asoka meninggal dunia pada 232SM pada umur 72 tahun.
PEPERANGAN YANG MAHARAJA ASOKA TERLIBAT
Perang Empayar Maurya - Macedonia
Pada 322 S.M semasa
pemerintahan Chandra Gupta Maurya ini merupakan persinggungan antara India
dengan kekaisaran Macedonia yang dipimpin oleh Alexander Agung. Peristiwa ini
berlangsung selama 2 tahun sebelum Candra Gupta Maurya naik takhta. Chandra
Gupta Maurya naik takhta beberapa saat pasce kematian Alexander Agung. Ia
berhasil menguasai daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Macedonia, dan bahkan
berhasil menjalin hubungan dengan musuh Alexader Agung, Seloucos Nicator
(penguasa Yunani di Asia Barat) yang kemudian banyak membantu Candra Gupta
Maurya dalam menuliskan sejarah India.
Perang di Ujjain/Ujjayani
Selepas
Maharaja Asoka dibuang selama dua tahun oleh bapanya, Maharaja Bindusara
mengundang Asoka untuk kembali ke tanah air. Maharaja Asoka berangkat ke Ujjain
dan bertempur disana sehingga mengalami kecederaan yang parah. Akan tetapi,
para hulu balangnya berjaya menumpaskan pemberontakan. Maharaja Asoka dirawat
secara diam-diam oleh para bhiksu dan bhiksuni yang beragama Buddha sehingga
pengikut setia Panglima Susima tidak boleh mencederakan Maharaja Asoka.
Perang Saudara
Perang Saudara
Setelah
mangkatnya Maharaja Bindusara, berlakunya perang diantara Maharaja Asoka dan
saudaranya Panglima Susima. Perang ini berlangsung selama 4 tahun. Pada awalnya
Panglima Susima bercadang untuk membunuh Maharaja Asoka, namun Panglima Susima
membunuh ibunya, Permaisuri Dharma. Dalam keadaan murka, Maharaja Asoka
menyerang Pataliputra dan memenggal kepala saudara-saudaranya seramai 99 orang
termasuk Panglima Susima dan meninggalkan seorang adiknya bernama Tissa untuk
dijadikan raja . Kemudian Maharaja Asoka membuangnya di sumur di Pataliputra.
Sejak peristiwa itu, banyak orang yang menggelarkannya Canda Asoka yang
bermaksud Asoka si pembunuh dan tidak kenal kasih.
Perang di Pundravardhana
Maharaja Asoka membunuh seluruh Ajivikas di Pundravardhana (sebelah utara Bengal Barat yang sekuler dan Bangladesh Islam). Sekitar 18 000 pengikut sekte Ajivika dibantai atas perintah Asoka.
Perang Kalinga (261 S.M)
Kalinga terletak di antara Sungai Godavari dan Mahanadi, Kalinga merupakan kerajaan agraria yang subur. Maharaja Asoka berniat untuk menawan Kalinga. Pada awalnya baginda meminta kerajaan Kalinga tunduk pada kekuasaannya tapi tidak di terima oleh kerajaan Kalinga. Seorang panglima Magadha dan sejumlah pasukan dihantar untuk menawan Kalinga tetapi dapat ditumpaskan. Akhirnya Maharaja Asoka memutuskan untuk mengirimkan armada perang yang besar dan memimpin sendiri peperangan ini pada (262 S.M). Setelah selesai peperangan seramai 100 000 orang yang mati manakala seramai 150 000 orang yang tercedera. Ramai janda-janda yang kematian suami dan anak-anak kehilangan ibu bapa. Sejak peperangan ini Maharaja Asoka mendapati bahawa peperangan hanya membawa kepada bencana dan kemusnahan.
Juga mengikut sejarah yang tidak diceritakan Maharaja Asoka juga terlibat dalam beberapa siri pembunuhan antaranya ialah Maharaja Asoka membunuh sesiapa yang menentang keluarganya dan baginda juga membunuh 500 orang menterinya yang sudah tidak setia padanya. Maharaja Asoka juga mempunyai bilik penyeksaan yang besar yang dikenali sebagai Neraka Asoka.
SUMBANGAN ASOKA
Politik dan pentadbiran
Asoka telah menyusun sistem pentadbiran
agar lebih sistematik. Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Asoka ialah
raja berkuasa mutlak. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan
menteri-menterinya yang memegang tugas masing-masing. Ketua sami (purohita)
berfungsi sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan
negara dan mengutip cukai bersama dengan kerani-kerani yang menyimpan
rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar.
Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan
iaitu dibahagikan kepada beberapa bahagian utara seperti raja, majlis penasihat
dan terdapat 18 jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas penting. Raja memainkan
peranan sebagai ketua negara, ketua hakim, penggubal perjanjian politik,
undang-undang awam dan kerajaan serta polisi-polisi kerajaan.
Asoka juga telah membahagikan wilayah
empayar Maurya kepada empat bahagian atau wilayah. Setiap wilayah mempunyai
seorang wizurai. Wizurai bermaksud seorang pegawai diraja yang menguruskan
sebuah negara, tanah jajahan, atau wilayah bandar atas nama dan sebagai wakil
raja. Gabenor-gabenor yang dipilih oleh raja diberi tugas mentadbir kawasan
atau bahagian-bahagian kecil. Pegawai-pegawai kehakiman dilantik
dikawasan-kawasan luar bandar sebagai hakim dan pentadsir cukai.
Wilayah-wilayah ini dibahagikan pula kepada kumpulan (kampung) dan unit
pentadbiran asas ialah kampung. Kumpulan kampung akan dikendalikan oleh seorang
akauntan dan pengutip cukai. Dalam hal pentadbiraan bandar juga terdapat
heirarki pagawai-pegawai yang diketuai oleh superintendent (penguasa) bandar di
dibantu oleh 30 superintendent dan pegawai.
Semasa pemerintahan, Asoka juga telah
melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai 'dharma mahmatra' untuk
meneliti dan mengkaji hubungan yang harmoni wujud antara manusia denga manusia
yang lain. Di samping itu untuk memastikan pegawai-pegawai menjalankan
polisi-polisi yang dibenarkan. Pegawai-pegawai baru ini juga memainkan peranan
penting sebagai pengatur tertinggi amal kebajikan dan urusan agama. Menurut
Majumdar, mereka dipilih dari kalangan penganut-penganut agama buddha, brahmin,
ajivka dan nirgranthas.
Bersesuaian dengan konsep dharma Asoka
telah menghapuskan perkhidmatan rahsia yang dipekenalkan semasa pemerintahan
Chandragupta. Asoka telah menggantikan perkhidmatan tersebut dengan satu badan
undang-undang luar negeri yang memainkan peranan melaporkan perkembangan agama
di dalam empayarnya. Selain itu asoka juga telah menghantar pegawai-pegawainya
bagi menjalankan penyelidikan setiap 5 tahun di setiap wilayah.
Asoka turut mengamalkan dasar luar
negeri yang berasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak
amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah. Beliau mengutuskan
wakil ke Cyrene, Mesir dan Mecadonia. Antara pertukaran duta yang pernah dibuat
seperti antioshus dari Syria, Mogas dari Cyrene dan lain-lain lagi. Tujuannya
adalah untuk memperkenalkandan empayar maurya kepada negara lain. Asoka
berpendapat dengan mengamalkan kerajaan yang bebas tanpa sikap permusuhan
kerajaannya akan dihormati dan dapat mempengaruhi kerajaan lain. Polisinya
berjaya menghasilkan pemimpin yang bermoral dan dapat menambahkan kecekapan
pegawai dalam pentadbiran.
Sosial
Asoka amat mementingkan kehidupan sosial
masyarakatnya. Oleh itu beliau telah mengubah corak pemerintahan empayar maurya
sebelumnya yang kurang sesuai. Beliau telah menyerapkan ajaran-ajaran buddha
dalam pentadbiran. Asoka menyatakan rakyatnya perlu mengikut atau menganut
ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah in telah diukir di tiang-tiang
batu yang dikenali sebagai tiang Asoka.
Asoka juga telah menyediakan banyak
kemudahan bagi kepentingan rakyatnya. Beliau telah membina banyak kemudahan
infrastruktur seperti mendirikan tempat berteduh, rumah-rumah tumpangan dan
menanam pokok di sepanjang jalan. Selain itu, beliau turut menyediakan air
minuman di setiap bangunan untuk manusia dan binatang, menggali perigi-perigi
di sepanjang jalan dan sebagainya, tujuannya ialah untuk kemudahan pengembara
dan pejalan kaki dan seterusnya ia akan menarik minat rakyat untuk terus hidup
di bawah pemerintahannya.
Di samping itu, Asoka turut meningkatkan
taraf pendidikan rakyat. Beliau memberi kemudahan kepada rakyat mendapat
pendidikan melalui pelajaran terbuka. Melalui sistem ini semua lapisan
masyarakat boleh mendapat pendidikan. Sebelum itu pelajaran hanya disampaikan
dalam bahasa sanskrit di mana golongan brahmin sahaja boleh mengikutinya.
Pelajaran-pelajaran terbuka diajar kepada orang ramai dan tokong-tokong dan ini
membolehkan pelajaran tidak lagi dikuasai oleh golongan brahmin. Beliau turut
menggalakkkan penggunaan bahasa-bahasa tempatan seperti bahasa prakrit, bahasa
pali dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini lebih rapat dengan bahasa daerah.
Agama
Asoka ada mulanya merupakan seorang
pemerinah yang kejam. Sehingga dikatakan telah membunuh 99 saudaranya dalam
usaha perjuangannya meluaskan jajahan takluknya. Walau bagaimanapun, keadaan
ini menjadi titik permulaan kehidupan Asoka. Kesedihan yang disebabkan oleh
penderitan dan keadaan melarat diseabkan peperangan menyebabkan beliau
meninggalkan adat tradisi dan mula beralih kepada ajaran buddha. Asoka
mengadakan siri lawatan ke seluruh negara. beliau melawat tempat-tempat suci
dan mengadakan perbincangan. Asoka melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk
menyebarkan Dharma. Beliau juga mengirim putranya, Mahinda dan puterinya,
Sanghamitra ke Ceylon yang sekarang dikenal sebagai wilayah Sri Lanka untuk
menyebarkan agama Buddha.
Dengan
mengirim para misionaris keluar untuk mendakwahkan agama Buddha, Asoka telah
menyelamatkan agama Buddha sebagai agama besar dunia. tanpa misi Asoka mungkin
agama Buddha sudah tinggal kenangan. Pada masa akhir hidupnya, Asoka mengikuti
ajaran tanpa kekerasan (Ahimsa) iaitu tidak membunuh binatang. Asoka juga
mengenalkan konsep vegetarian.
Seni bina
Pada masa pemerintahn Asoka , seni bina
India telah berkembang pesat dan ia banyak dipengaruhi oleh agama Buddha.
Tukang-tukang yang mahir banyak membuat patung dan ukiran pada pintu gerbang
gua. Kuil-kuil di bina dikawasan gua dan didalam gua ini banyak terdapat ukiran
yang menggambarakan kehidupan guatama buddha. Pada zaman ini juga terdapat
beberapa ribu stupa telah didirikan. Stupa ini dibina daripada batu dan
berentuk kubah. Ia bukan merupakan tempat suci atau kuil buddha tetapi ia
adalah untuk menyimpan bahan-bahan peninggalan buddha. Tambahan pula, ‘Wheel of
Dharma’ telah dimasukan dalam bendera India. “Wheel of Dharma’ adalah ajaran
Buddha dan simbolnya telah ditunjuk pada bangunan – bangunan yang di bina oleh
Asoka.
Pada zaman Asoka juga, bangunan-bangunan
di bina menggunakan batu yang bermutu tinggi dan tidak lagi menggunakan papan
atau kayu seperti zaman sebelumnya kemahiran kerja dan struktur banguanan
sangat berkualiti. Ini kerana ia menerima pengaruh pursia dan hellenic.
Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh di
ambil dari barat-utara khususnya bactria. Justeru itu, ekonomi empayar maurya
di bawah asoka telah mencepai tahap yang boleh dikatakan agak maju
Ekonomi
Dari segi ekonomi, kerajaan tidak
mempunyai hak mutlak. Perubahan ini amat berlawanan sekali dengan pemerintahan
sebelumnya iaitu menetapkan hak ekonomi adalah hak kerajaan semua tanah adalah
milik raja. Tetapi pada zaman pemerintahan Asoka petani dibenarkan memiliki
tanah sendiri. Saiz tanah adalah mengikut kemampuan petani. Kerajaan juga
menyediakan kemudahan pengairan untuk memajukan lagi bidang pertanian. Ini
kerana sumber ekonomi utama ialah berasaskan pertanian. Di samping itu
cukai-cukai yang sesuai iaitu 1/8 hingga 1/6 dikenakan kepada petani berbanding
dengan pendapatan negara yang tinggi.
Antara cukai yang diperkenalkan ialah bhaga
iaitu cukai pendapatan hasil pertanian, bali iaitu cukai yang dikenakan untuk
membayar gaji pegawai, cuka-cukai lain termasuklah cukai kelahiran, kematian
dan perdagangan. Pendapatan dari cukai digunakan untuk urusan pembangunan
negara, pentadbiran dan untuk membina infrastuktur.
Pada tahun 243 SM Asoka mengumumkan
tidak membenarkan penjualan dan penangkapan hasil ikan selama 56 hari dalam
satu tahun. Lembu dan binatang yang mengeluarkan susu tidak boleh di bunuh dan
akan lembu yang tidak cukup umur tidak boleh disembelih.
Dari segi perdagangan pula, Asoka
menggalakkan perdagangan antara wilayah-wilayah bagi memperkembangkan ekonomi
negara. Ini menyebabkan ramai pedagang dari luar India datang berdagang di
india. Antaranya dari Ceylon, kepulaua asia dan sebagainya. Kegiatan
perdagangan ini secara tidak langsung turut membantu penyebaran agama buddha.
Ketenteraan
Selepas menganut agama Buddha, Asoka
tidak lagi agresif dalam bidang ketenteraan. Asoka lebih suka bersikap
toleransi dan berperikemanusiaan. Tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan
terus bidang ketenteraan.Asoka telah menempatkan askarnya di beberapa kawasan
penting dan tempat-tempat strategik. Penempatan tentera adalah bertjuan
mengawal wilayah dari serangan luar. Contohnya, pasukan tentera yang kuat di
tempatkan di punjab kerana kawasan itu berhampiran dengan pusat pentdbiran dan
sentiasa terdedah kepada ancaman luar. Penempatan tentera di kawasan penting
menjelaskan sikap Asoka yang ingin mengelak ancaman terhadap wilayahnya.
KESIMPULAN
Asoka merupakan generasi ketiga bagi Empayar
Maurya. Empayar Maurya ditadbir bermula daripada Chandra Gupta Maurya dan
diteruskan oleh Bindusara Maurya kemudiannya turun kepada Asoka. Dalam sejarah
diceritakan Asoka mempunyai saudara seramai 101 orang, tetapi mereka tidak
menyenangi Asoka termasuk ayahnya sendiri. Pada mulanya Asoka seorang maharaja
yang sangat kejam dan tidak berhati perut. Beliau membunuh saudaranya sendiri
untuk merebut takhta. Titik perubahan Asoka bermula selepas Perang Kalinga.
Sejak berlakunya Perang Kalinga Asoka mula mempelajari ilmu Buddha. Beliau
merasakan perang bukan cara untuk menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan
kekacauan. Ramai isteri-isteri yang menjadi janda dan anak-anak kehilangan
orang tua. Selepas menganut agama Buddha banyak perubahan yang Asoka bawa bagi
memajukan empayarnya dari segi sosial, infrastruktur, pendidikan dan politik.
RUJUKAN
1. Semesta fakta. 8 November 2016. 63
fakta menarik tentang asoka (Maharaja Asoka). Dipetik daripada https://www.semestafakta.com/2016/11/08/63-fakta-menarik-tentang-ashoka-maharaja-india.html
2. Madzani Saidie Nusa. Asoka adalah
pemimpin unggul dalam sejarah India. Dipetik daripada http://pbmum.tripod.com/sejarah/30.html
3. Nurathira257. Jelaskan sumbangan
Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India. Dipetik daripada https://www.scribd.com/doc/99073945/Jelaskan-Sumbangan-Asoka-Dalam-Mencipta-Keagungan-Empayar-Maurya-Di-India
4. Yew Chee Wai. Wan Iqmal. Ros Maria Chin. James Chen. 2012. Nexus SPM A+ Sejarah. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi Sdn. Bhd.
5.
Wiyonggo Seto. 2 Julai 2015. Sejarah akan terus jadi inspirasi:Sejarah Maharaja
Asoka. Dipetik daripada http://wiyonggoputih.blogspot.com/2015/07/sejarah-maharaja-asoka.html
LAMPIRAN
Gambar 1 - Empayar Maurya
Gambar 2 & 3 - Perang Kalinga
Gambar 4 - Chandra Gupta Maurya
Gambar 5 - Tiang Asoka
Gambar 6 - Stupa
Gambar 7- 'Wheel
of Dharma’
Gambar 8- Bendera India (wheel
of Dharma)
Filem merujuk Maharaja Ashoka
1) Chakravartin ashoka samrat
2) Asoka











No comments:
Post a Comment